Dear Parents


terpikir jugak..'How happy this family"

Entri kali ni terpanggil nak tulis benda yang nak meletus dari hati ni. Sebenarnya sesetengah anak-anak gigih belajar pagi petang sebab ada target tertentu. Contohnya nak dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Yes that's the point.

Nak dapat keputusan cemerlang.

Tapi masalahnya tak semua yang dapat keputusan cemerlang untuk diri sendiri. Sebabnya nakkan sesuatu. Senang cakap sesetengah anak dapatkan keputusan cemerlang supaya hajat yang diorang nak tercapai. Bila keputusan diumumkan,contohnya UPSR,PMR,SPM, dapat keputusan cemerlang tiba-tiba si ibu bapa pula taknak tunaikan hajat diorang.


Biar ambil contoh,kalau sesetengah anak tu nak iPhone. Biasalah,trend anak muda sekarang ni. Ke sana ke sini iphone boleh jumpa merata. Jadi mesti la si anak pun nak miliki juga satu kan,sama macam rakan sebaya lain. Siapa yang taknak,bila dah dapat keputusan cemerlang ,tentu nak grab peluang dapatkan benda yang mahal sikit.Walaupun mahal tapi berbaloi la dengan usaha.


Bila anak dapat keputusan membanggakan,rata-rata orang tanya boleh la si ibu bapa tumpang bangga sekali. Anak yang dikandung 9 bulan,dapat keputusan hebat. Sekaligus,nama parents sendiri pun naik. Masalahnya kenapa susah sangat nak tunaikan impian anak-anak? Ok la.Masalah kewangan. Tapi Diya yakin si anak pun dah cukup matang,cukup bijak sebelum nak minta sesuatu hajat.


Mesti anak-anak pun dah boleh jangka setakat mana kemampuan ibu bapa.Kalau dah sampai tak mampu,mesti la si anak dah fikir.Lagipun kalau si anak tak boleh fikit,macam mana boleh dapat result cemerlang kan?


Jadi kalau la ada ibu bapa yang baca entri Diya ni,jangan la marah ea.Bukan semua anak-anak sama. Lain orang,lain cara didik anak-anak.


Haihhh....


Salam ='(



4 comments:

  1. betul3.. Sakit hati juga kadang2. Saya baru dapat result spm, tapi hajat tak tertunai. hmm, pendam jelah. Kakak mesti pernah rasa juga kan?

    ReplyDelete
  2. Sabar ea, mungkin satu hari nanti parents Diya akan tunaikan peemintaan tu.

    ReplyDelete

What do you think? Leave a comment :)