Review:Mary Kay by The Touchez Part 1



Hey hey there! Salam semua.Kalian masih ingat entry Diya yang lepas pasal hadiah yang Diya dapat dari The Touchez? Kalau tak klik sini. Untuk part 1 kali ni Diya nak review Mary Kay Timewise Set yang sangat popular di kalangan penggemar mekap.

Dalam set Timewise ni ada 4 jenis products bergantung kepada jenis kulit 

  1. 3-In-1 Cleanser, 
  2. Age-Fighting Moisturizer,
  3. Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF 35
  4. Night Solution, 
Tapi yang Diya dapat ialah Mary Kay Timewise Liquid Foundation,3-In-1 Cleanser dan Moisturizer. Diya juga dapat Mary Kay True Dimensions Lipstick.



Mary Kay Liquid Foundation


Apa yang Diya suka pasal foundation ni sebab texture dia yang sangat sangat light dan tidak melekit. Colour pula sangat cantik,beige dan sesuai dengan semua warna kulit.Tak kira lah yang gelap atau cerah.







Tengok ni,sangat light dan soft tecture liquid foundation ni. Kalau foundation lain especially yang liquid,susah nak stick dekat kulit and ambil masa yang agak lama nak absorb kulit,tapi Mary Kay Liquid Foundation ni senang je nak stick dekat muka.




Jeng jeng!! Ni lah dia yang dinamakan miracle. Ok cuba tengok gambar kiri , yang kiri tu kulit muka Diya sebelum apply foundation. Sebelum datang period je,mesti bintik hitam,jerawat  bagai akan tumbuh. Sebelum period je,lepas period semua lesap.Hadoii..


Tapi cuba kalian tengok gambar kanan. Semua jerawat + bintik hitam + pores FULLY COVERED!! Wahh best kan. Lepas ni kalau nak keluar sebelum datang period memang dah tak ada masalah sebab foundation Mary Kay ni memang power.



Satu part lagi yang Diya suka pasal foundation ni, sebab boleh cover eye bag sekali.Cuba tengok gambar tu,memang eye bag dah 'terlindung' lepas pakai foundation. Tak payah nak susah susah pakai concealer lagi dah =D



Mary Kay Timewise 3 in 1 cleanser




Cleanser Mary Kay ni sangat pekat dan padat.Kalau kalian semua tengok gambar bawah, akan nampak macam ada biji biji kecil tu kan? Haa itulah sebenarnya khasiat utama Mary Kay Timewise Cleanser ni.




Ok meh Diya explain sikit cara nak guna cleanser ni dengan cara effective. Nak buat tutorial pakai muka tak boleh sebab dah terlambat T_T  Jadi pakai tangan je la ea.


1.Pastikan muka kalian kering dan bersih.Kemudian picitkan cleanser atas tapak tangan.
2.Sapukan cleanser ke seluruh muka
3. Urut seluruh muka agar molekul-molekul dalam cleanser meresap sepenuhnya dalam kulit.
4.Cucikan muka dengar air.
5.Lap bagi kering muka kalian dan lihat hasilnya.




Mary Kay Timewise Age-Fighting Moisturizer



Last produk untuk Timewise ialah moisturizer. Diya tak tahu nak cakap macam mana.Tapi moisturizer from Mary Kay ni lain dari moisturizer yang Diya pernah pakai. 



Texture moisturizer ni sangatlah moist dan light. Kalau moisturizer lain pekat and greasy tapi yang ini tak. Memang sangat senang nak absorb dalam kulit. Langsung Tak melekit masa nak apply. Lagipun colour moisturizer ni pun tak putih sangat tapi macam transparent sikit.Sangat best =)



Mary Kay True Dimensions Lipstick


Lipstick true colour Mary Kay ni boleh didapati dalam macam macam warna. Yang Diya dapat ialah warna wild about pink. Cuba tengok warna firecracker tu,huu menggoda!


My favorite colour 



Cute kan brush dia?

 

Testimonial bibir Diya. Sangat cantik warna pink ni. Tak terlalu terang,tak teralalu nude. Pendek kata tengah tengah. Boleh pakai pergi semua event tak kira formal ataupun santai. Sebabnya kalau colour yang shocking macam firecracker tadi, lebih sesuai untuk night event macam dinner.


So macam mana? Best kan Mary Kay Timewise Set ni?? Terima kasih sangat The Touchez sebab bagi peluang dekat Diya review products yang sangat sangat hebat ni

Kalau kalian semua nak,boleh roger dengan Cik Muda,pemilik online shop the Touchez.Sangat awesome.




Next entry : Mary Kay by The Touchez Part 2 (Botanical Effect),MY FAVORITE ONE!!
Stay tuned!



CONTEST BLOG - "BLOG PALING SMART"



Hey hey there! Salam semua. Masa mula-mula blogwalking dekat blog http://getmedean.blogspot.com ni, rasa best sangat. Blog Cik Aish memang cantik dan kemas.Sangat sangat tersusun . Diya suka sangat tau memandangkan pemilihan warna blog Cik Aish tu ialah warna kegemaran Diya =)


Pengalaman edit blog
Blog Diya ni dibuka kira-kira 2 tahun lalu. Masa mula-mula sign up blog ni,pemikiran tak matang lagi. Maklumlah masa tu still jadi budak sekolah lagi.Sangat childish blog ni kalau kalian semua pernah singgah sini. Rasa macam blog kanak-kanak tadika.

Dulu pula disebabkan kekangan masa,nak siapkan homework lagi ,tuisyen dan sebagainya jadi masa diambil nak edit blog tu sangat lama. Kadang-kadang siap private blog lagi ,kononya nak privacy laa masa edit blog ni, Tak nak orang lain nampak blog yang tengah di-edit.


Lumrah jadi blogger yang bukak blog masa usia muda :P






Hasilnya 
(blog Diya  yang di-edit masa mula-mula bukak blog)


Uhhh sungguh tak matang.
Colourful sangat macam budak tadika. Siap dengan rainbow bagai.





ahaaa tu la pengalaman Diya edit blog dan sekrang ni rasanya jauh beza dengan blog dulu. Blog sekarang ni Diya lebih suka yang jenis simple but nice.

Ohh ya bagi sesiapa yang nak dapatkan produk yang hot masa kini,Shaklee boleh la dapatkan dari Cik Aish ya.Jangan beli dari yang tak berdaftar dan tiruan pula Shaklee dari Cik Aish dijamin original dan berdaftar =)





Salam 

Ephyra Review



Hey hey there! Selamat malam semua.Bila sebut je pasal Ephyra,pasti semua orang tersenyum sebab keberkesanan produk ephyra yang memang tak dapat dinafikan.




Apa yang ada dalam Ephyra hingga menyebabkan produk ni sangat berkesan??


1. Kolagen Ikan Laut Dalam
Kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
Mengembalikan keremajaan kulit anda
Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.


2. Buah Acai
Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan menguatkan sistem kardiovaskular
Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
Kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.


3. Gam Akasia
Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman


4. L-glutathione
Memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi


5. Asthaxanthin
Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan


6. Serbuk tomato
Mengandungi banyak vitamin A dan C
Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.


7. Acerolla ceri
Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan masalah mata


8. Marigold bunga ekstrak
Mengandungi pelbagai karotenoid antioksida membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
Berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif


9. Superberry
Diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
Melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
Sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.



Antara Testimonial Pengguna Ephyra

testimonial _arriza_b


184445_312714222192756_195365764_n

528207_301221413342037_1979849313_n



Review Diya selepas menggunakan Ephyra




1.Rambut gugur berkurangan
Alhmdulillah.Kalau sebelum ni,setiap kali sikat rambut je,mesti akan terlekat dekat sikit.Paling kurang dalam 3 helai.Tapi lepas minum ephyra ni, sehelai rambut pun tak gugur.Serious.


2.Tak lesu / Bertenaga
Ohh ya sebelum ni Diya memang amalkan vitamin energy sebagai supplement. Sebab Diya jenis yang mudah lesu.Tapi sekarang ni Diya memang dah tak makan supplement vitamin energy sebab produk ephyra ni sangat membantu dan bagi Diya tenaga.

3.Kulit semakin cerah
Diya memang jenis yang mudah burn .Kalau dah burn,nak putihkan semula akan makan masa agak lama. Tapi apa yang Diya perasan lepas consume ephyra ni, kulit makin putih dan cerah. Bukan setakat muka je tau,tangan,kaki dan bahagian badan pun sama putih.


4.Kulit muka semakin tegang
Muka tegang ni memang menjadi idaman semua orang termasuk Diya.Walaupun masih muda,tapi jangan terkejut kalau Diya kata orang muda pun kulit muka pun ada masalah kulit kendur.Lepas minum ephyra ni,rasa macam kulit muka semakin tegang.Best sangat.


Baiklah for those yang nak cuba ephyra boleh hubungi hotline di bawah.


atau





Hadiah Set Mary Kay dari The Touches

Hey hey there! Salam Ahad semuanya.Ok lah Diya yakin yang kalian semua tahu kan mengenai produk kecantikan Mary Kay? Dan sememangnya bila kita dengar nama Mary Kay ni, terus terbayang yang akan guna produk ni ialah selebriti,orang orang kaya semua.

Ok tu lah anggapan Diya masa mula-mula dengar Mary Kay.uhh..tak matang langsung.Tapi ternyata tanggapan Diya salah sama sekali.Kenapa? Nanti Diya cerita details dekat bawah. Right now jom kita tengok apa sample set Mary Kay products yang Diya dapat dari The Touchez.

Thank you Cik Muda!


Ok ni lah dia,sample set yang Diya dapat.
Ada 2 set yang berbeza. Satu Mary Kay Timewise set dan Botonical Effect



Mary Kay Botanical Effect Freshen Formula


Mary Kay Botanical Effect Mask

Mary Kay True Dimension Lipstick (Hot Pink)

Mary Kay Timewise Liquid Foundation



Atas: Mary Kay Timewise 3 in 1 cleanser 
Bawah : Mary Kay Timewise Age-Fighting Moisturizer



Sekarang Diya dalam proses nak review semua items yang Diya dapat.Tak sabar sangat nak share dengan kalian how great Mary Kay products are.Seriously =)


Sebelum ni,memang susah sangat bagi Diya nak daptkan produk Mary Kay.Maklumlah sebab Diya tak tinggal di KL. Tapi sejak The Touchez ( dulunya dikenali sebgai Buruk Shopz) dibuka, bagi Diya sangat sangat memudahkan semua orang tak kira tinggal di mana sebab boleh beli secara online.

Macam mana ??

Like page The Touchez,shop with them and enjoy your Mary Kay products!!








Hukum Pakai Inai

Rindu sangat nak pakai inai ='(
Hey hey there! Selamat malam semua
=)
Terdapat beberapa larangan berkaitan pemakaian inai yang harus dielakkan. Antaranya, kadar pemakaian inai di kedua-dua belah tangan dan kaki bagi wanita adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali saja. Tidak bolehlah mengenakan inai hingga ke bahagian lengan atau ke atas seolah-olah anda mengenakan tatu lukisan badan.

Kemudian, warna inai juga tidak bersifat kekal seperti tatu dan bebas daripada bahan tidak halal. Pastikan jika anda membeli produk inai di pasaran, ia halal dan bukannya jenis campuran pelbagai kandungan termasuk dakwat kekal.

Biarpun sebenarnya pemakaian inai digalakkan pada hujung jari saja namun tidak menjadi kesalahan kepada wanita tersebut jika mahu membuat corak atau ukiran pada tangan atau kaki. Kerana ia berbeza jika mahu berhias seperti kebanyakan pengantin baru hari ini.

Bagaimanapun, hanya corak yang melambangkan daun dan tumbuh-tumbuhan dibenarkan. Sementara corak menyerupai haiwan, dewa atau gambaran yang bertentangan dengan syarat adalah dilarang kerana bimbang ia membawa maksud lain yang boleh mengundang persepsi orang lain.

Golongan wanita yang hendak berihram haji atau mengerjakan umrah turut disunatkan memakai inai sama ada mereka sudah bersuami atau pun tidak.
Ringkasnya, memakai inai di kalangan wanita bukanlah satu kesalahan. Setiap wanita yang masih belum berkahwin mahupun yang berkahwin diharuskan memakainya selagi ia tidak menimbulkan fitnah kepada yang belum berkahwin.

Mimpi Ustaz Darul Manzil berkenaan MH370.. Subhanallah.


Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.


Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. - USTAZ DARUL MANZIL


100% copy daripada http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/03/mimpi-mh370-mungkin-mainan-tidur.html?m=1