Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku


Hadiah idaman : Shawl


Assalamualaikum.Terlebih dahulu terima kasih sangat-sangat kepada penganjur giveaway ini iaitu Nurina Izzati,teman se-negeri Diya.Oqang Kedah =) Bukan senang nak cari giveaway 2 dalam 1 ni.Sambil join giveaway,sambil berdakwah.Dunia ni kan pentas dakwah kita.

Hijab berasal dari perkataan arab, 'hajaba' yang bermaksud menyembunyi atau melitupi dari pandangan. Dalam konteks islam,hijab merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup aurat wanita bahagian kepala daripada orang bukan muhrim. 


Alasan mengapa masih ada wanita islam enggan berhijab:

  • Kolot. Tidak boleh berfesyen dan trendy dengan berhijab dan seolah-olah berhijab menghalang seseorang daripada bergaya .
FAKTA : Boleh bergaya tetapi mestilah mengikut syariat dan asalkan tidak melanggar garis panduan dalam islam.




  • Panas,Berhijab merimaskan dan panas. Tak sesuai dengan cuaca di Malaysia
FAKTA : Panas di dunia . Di akhirat kelak,insyaallah jauh lebih sejuk dari dunia.



Kepentingan Hijab Kepada Wanita



  1. Perintah Allah SWT yang wajib diikuti oleh setiap insan yang bergelar wanita Islam


Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”






 2.Hijab tidak melindungi kecantikan wanita tetapi sebaliknya meningkatkan lagi kecantikan dalaman dan luaran wanita kerana kecantikan wanita terletak pada kehormatan diri dan kelakuan yang baik.Bukannya terletak pada mekap yang tebal,gincu bibir yang merah dan seksi ataupun lirik mata yang menggoda.


3.Allah SWT tingkatkan maruah diri dengan berhijab.Apabila seseorang melihat wanita berhijab, dia akan menghormati wanita itu kerana wanita itu menghormati dirinya sendiri.

4.Dapat menjauhkan diri daripada seksa api neraka kerana berhijab dapat melindungi dan menutupi rambut wanita. Sehelai rambut wanita melambai azab Allah SWT.Masyaallah.

SEHELAI RAMBUT WANITA yang dilihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja = balasannya 70,000 tahun dalam neraka,sehari akhirat = 1000 tahun didunia,

5.Dapat menjaga kesucian imej Islam dan meningkatkan martabat agama Islam.

6.Allah SWT sucikan hati dan minda dengan berhijab.

7.Hijab dapat melindungi wanita daripada lelaki.Wanita berhijab merupakan simbol kepada kesucian wanita dan hanya seorang lelaki sahaja yang layak bertakhta di hati.

8.Berhijab merupakan salah satu cara wanita islam berdakwah kepada umum dengan memakai hijab dengan betul dan mengikut syariat islam dan mencerminkan islam yang sebenar.

9.Secara umum,berhijab dapat melindungi seseorang daripada hujan,panas,terik dan bencana.

10.Hijab merupakan mahkota wanita yang lebih berharga daripada emas di dunia kerana manfaatnya tidak terhitung dan diredhai Allah


KESIMPULAN
Tiada alasan dan sebab mengapa wanita islam tidak boleh berhijab. Ketinggalan zaman? Panas ? Rimas? Malu? Tiada pilihan dalam fesyen hijab ? Sudahlah...Itu semua alasan lapuk dan tidak masuk akal. Kalau nak katakan berhijab sekarang tidak trendy, lihat sajalah Hana Tajima,yang terkenal di mata dunia kerana transformasi gaya hijab yang dilakukan. Orangnya cantik,manis dan semua orang di dunia menghormatinya sebagai wanita muslim yang berjaya.



Wahai sahabatku kaum hawa,berhijablah anda.Rumitkan berhijab? Semudah ABC sahaja =)


Mahukan kita semua jadi begini? Nauzubillahiminzalik...Renung-renungkan dan selamat berhijab !









Kredit : Hijabi Lookbook

1 comment:

What do you think? Leave a comment :)