FIRST DAY OF SCHOOL CONTEST BY IZZUL LABIQAH






Post Divider LG



Hey hey there! Assalamualaikum semua.Bila Diya tengok ada contest Izzul ni,terus hati berminat nak join.
Bukannya apa bila flash back balik,boleh gelak guling-guling.Teringatkan benda-benda memalukan a.k.a benda-benda bodoh yang Diya pernah buat time sekolah rendah dulu.Hahaha bila ingat-ingat balik rasa macam nak sorok muka dalam lubang golf yang kecik tu,biar tak boleh keluar pun tak apa.Malu punya hal.

So hari ni Diya nak share dengan korang semua pengalaman Diya masa di sekolah rendah dulu.


DARJAH SATU



Ok lah Diya darjah satu agak beza dengan orang-orang lain semua.Kalau korang semua masuk darjah satu umur 7 tahun,Diya advanced sikit.Ewahh.Diya masuk darjah satu umur 6 tahun.Sebab Diya masuk prasekolah time umur 5 tahun.Kiranya lepas setahun belajar,cikgu kata Diya dah boleh masuk darjah satu. Sebabnya cikgu kata Diya dah lepas tahap prasekolah.Kiranya Diya darjah satu 2 tahun,dari umur 6 hingga 7 tahun.(kalau tak pandai lagi tak tahulah.Jenuh nak kena londeh baju sekolah & pakai balik baju prasekolah =_=)




Disebabkan Diya seorang je yang umur 6 tahun,so 'senior-senior' 7 tahun pandang Diya 1 cm je.Maklumlah budak tadika mana ntah sesat masuk class.Tu yang diorang pandang Diya kecil je.T_T 

Minggu kedua sekolah masa darjah satu memang tragik.Masa tu Diya ingat jadi budak darjah satu tak kena buat homework.So balik sekolah relax je,mak tanya ada homework ke tak,Diya cakap tak de. Punyalah tak nak buat homework semata-mata nak tengok tv.(sebenarnya sebab perasan dah pandai.Maklumlah orang 7 tahun baru masuk,Diya 6 tahun dah masuk.Rasa IQ dah sampai KLCC.Walhal lalang pun tak lepas :p)

So nak dijadikan cerita masa tu ustazah masuk kelas.Suruh semua orang buka buku.nak tahu task apa yang ustazah suruh siapkan? Sambung dotted line untuk huruf jawi.Hadoi!! Kerja senang macam tu Diya tak siapkan.Tapi tu dulu,otak macam kerepek lagi,rapuh sangat kena pengaruh tv.So hari tu,Diya dengan budak-budak laki kena berdiri atas kerusi 1 jam.Dapat hadiah rotan dekat tangan.Package.Buy 1 free 1.



DARJAH TIGA




Masuk darjah tiga Diya start belajar pakai tudung.Awal kan? Walhal dekat luar nak masuk form 1 baru pakai tudung.Hipokrit.Hehehee...So bila masuk darjah tiga,semua kawan-kawan start pakai tudung sebab parents diorang ajar pakai tudung awal.Tak nak bagi anak diorang tersimpang dari jalan yang lurus.(macam lagu Kl gangster je :P ) .

Jadi bagi menjaga nama baik Diya yang dah banyak kali tercalar ni,Diya pun start la pakai tudung.Masa tu tudung instant tak de lagi.Tudung arini kan orang panggil. Jadi Diya kena la pakai tudung sekolah biasa.Hari pertama darjah tiga pergi sekolah,kakak-kakak pengawas yang jaga class semua gelakkan Diya sebab anak tudung dah sampai kening.Hahahahah. Selekeh!


So start daripada incident tu,Diya hari-hari bawak cermin pergi sekolah.5 minit sekali check.Kalau-kalau ada potensi nak dimalukan,cepat-cepat adjust tudung.(adjust bagai nak rak ! Tapi selekeh tetap selekeh.Nak jadi cun macam Nora Danish,sampai darjah 6 pun tak dapat.)


SEKOLAH MENENGAH






Masuk je sekolah menengah,everything changed. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tudung dah pandai lipat.Kain dah tak singkat macam dulu,dah tak labuh sampai sapu lantai macam dulu.Baju sekolah pun dah tak comot.Dulu time sekolah rendah ,makan makanan yang ada sos cili sikit,confirm terkena baju.Tak pun tudung.Mesti ada comot punya lah.Kiranya hari-hari bawa balik sisa makanan dekat baju. (Kesian mesin basuh aku.)


Post Divider LG
Ok lah.Sampai di sini saja kisah-kisah sekolah Diya,Kalau korang seangkatan dengan Diya dulu, rasanya nak kawan tak dengan orang selekeh macam Diya ni.Hahahaa.Memalukan betul.Nasib baik ada yang nak jadikan Diya ni kawan.Kawan sehingusan.LOL

Tapi..

Bila fikir-fikir balik kalau bukan pengalaman masa dulu,masa bila lagi yang nak jadikan kita matang. Betul tak? Sebabnya tak ada siapa pun yang boleh kembalikan pengalaman kita masa dulu .Lainlah kalau ada pintu Doraemon.hehehe


Doodle kredit : CCI


1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Terima kasih join contest ni. Saya dah umum nama pemenang. Mana tahu awak pemenang nya,

    Jom?

    http://izzullabiqah.blogspot.com/2014/02/pemenang-first-day-of-school-contest-by.html

    ReplyDelete

What do you think? Leave a comment :)