Lama Tak Update Blog

happy mother's day!. your mom was finger licken' good.. thats so fked up

Hey hey there! Assalamualaikum.Sihat semua? Wahh lama sangat tak update blog. Nak taip guna keyboard pun rasa lain.Lama tak guna laptop. Melekat dekat handphone memanjang.

Hee.Maaf ya semua. Sepanjang bulan 5 ni Diya sibuk sangat sangat.Memang tak sempat nak update blog. Diya buka jenguk komen,and tengok entries orang lain.

Cuma tak berapa nak update entri.Malu sangat.Followers makin bertambah,pengunjung pun tak putus-putus blogwalking blog Diya.Maaf sekali lagi.Nanti insyaallah Diya ada masa Diya buat kunjungan balas dan jawab semua soalan-soalan kalian ok =)

Salam


24 Fakta Menarik Dan Lucu




1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.


22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.





Entri Orang Bujang : Makanan Paling Sedap



Hey hey there! Salam Jumaat. Entri hari ni macam tak ada idea.Tapi hakikatnya ni pengalaman Diya sendiri. Jadi orang bujang bukannya semudah disangka. Freedom taklah selalu sangat.

Tapi..

Kalau bab bab nak isi perut.Memang simple. Tak sampai 5minit makanan dah siap. Tau apa..

MAGGI CUP!

Diya suka peris tomyam

Yeahh makanan paling sedap bagi orang bujang. Rumah Diya memang wajib ada maggi cup. Paling kurang seminggu mesti juga makan satu.

So bagi sesiapa yang tak tahu macam nak nak buat maggi cup,meh Chef Diya tu tunjukkan ( tak masuk akal)





1. Buka penutup maggi hotcup anda



2. Tuangkan serbuk perencah dalam cup


3.Tuangkan sampai habis


4.Masukkan air yang panas (bukan suam)



5.Gaul untuk ratakan perencah dan maggi


6.Tutup penutup dan biarkan selama 4 minit untuk lembut


7. Dah lembut,boleh makan


8. Makan sampai habis


Ahaha mesti kalian rasa entri ni merapu kan? Sorry la.Bukannya apa.Bosan sangat.

Hmm selamat mencuba =p


Giveaway : Saya Nak Skirt Free Itu


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ






Assalamualaikum.

Alasan kenapa Diya nak sangat emerald green skirt ni mungkin agak kelakar tapi inilah realiti yang Diya hadapi sekarang.

Diya nak chiffon skirt ni sebab Diya dah tak larat nak pakai seluar jeans yang berat berkilo-kilo.Lagipun kalau pakai jeans tak semua acara sesuai.Macam nak pergi masjid ,majlis memang tak kena.Tapi chiffon skirt ni semua acara boleh.Jamuan,kenduri,shopping,jalan-jalan dan banyak lagi la sesuai.



 Banyak lagi kelebihan chiffon skirt ni yang membuatkan Diya terliur sangat tengok fashionista-fashionista dekat malaysia ni pakai.





Lagipun skirt panjang ni memang trend sekarang artis-artis Hollywood.Sekali sekala teringin jugak nak jadi glamour macam diorang  :P


Giveaway Simple Simple By Shad

Greetings and Assalamualaikum to all.
Jemput Join ya.


Klik Banner untuk Join

Senarai Hadiah

R Series Luxury Set from Cosway x2
Novel Pilihan Sendiri x5
R Series Hand & Body Lotion x3
Bawal Plain + Cute Brooch x3
Top-up RM5 x5

Due Date : 21 April 2014















Couple Chocolates Cookies Contest by akugadishijabista.blogspot.com



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Hey hey there! Assalamualaikum semua. Pernah tak kalian semua jumpa satu online shop yang ada menjual barangan untuk semua golongan? Kalau tak meh Diya memperkenalkan dekat kalian semua satu online shop yang menjual barangan untuk wanita,kanak-kanak,lelaki dan semua golongan masyarakat.


Inilah dia...





GHIJABERS SUITE

Mengenai Ghijabers Suite
  • Sebuah online shop yang menjual pakaian wanita
  • Amirah Nuraisyah ialah CEO =)
  • Berasal dari Batu Pahat
  • Memulakan perniagaan sejak 2013 dan aktif pada 2014
  • Mempunyai hampir 800 likers dan peminat di Facebook



Sebab-sebab GHIJABERS SUITE patut menjadi pilihan utama


 Sesuai untuk semua golongan

image:google

Macam yang Diya cakap mula-mula tadi,semua barangan yang ada di Ghijabers Suite sesuai untuk semua golongan. Kanak-kanak,remaja,wanita,lelaki. Senang cakap satu family boleh shopping di Ghijabers Suite.
Ok Diya ambil beberapa contoh ea.

Untuk remaja

Photo: Stripe Short-sleeved Fashion Shirt (black)
availability : in stock
price : RM 35 (add RM 5 postage for peninsular and RM8 postage for Sabah, Sarawak, Labuan)

description:
COLOR-black
MATERIAL- Cotton

size M : 
Length(cm)-65
Shoulder(cm)-35
Bust(cm)-84
Waist(cm)- 78
Sleeves Length (cm)-15

size L:
Length(cm)-76
Shoulder(cm)-35
Bust(cm)-82
Waist(cm)-80
Sleeves Length (cm)-15

interested? pm me to order :)

Korean Blouse


Couple sweater


Lovely watches



Untuk wanita


Pearl Haya Scarf


Telekung Lycra 3 Layer Vietnam

Untuk Hari Raya =)



Kain Cotton Vietnam


 Menjadi pilihan blogger terkenal


Kalian semua kenal Fyna Shafinatul? Seorang blogger,vlogger,makeup artist, beautician pun sukakan Ghijabers Suite!

Tengok ni, Fyna siap upload dalam instagram beliau lagi. Bukan calang-calang online shop tau boleh dapat tempat dalam instagram Fyna.Bayangkan instagram Fyna dah cecah 100K !!



  Harga yang sangat sangat berpatutan



Ok ingat lagi tak comment  tu di Fanpage Ghijabers Suite? Masa comment tu Diya pandai complaint je tapi tak ada bukti kan? So kali ni Diya sertakan bukti sekali.

Maaf ya, Diya bukan nak aibkan mana-mana online shop memandangkan sekarang banyak online shop yang tengah bersaing. Tapi agak-agak lah kalau nak letak harga. Sampai 2 kali ganda mahal.Memang boleh naik hantu la customers kan?

Kedai X



Ghijabers Suite




 Design sama

 Bentuk sama

 Kualiti sama

 Asal sama

 Harga??? beza hampir RM20


Tolong ya semua. Jadi bijak kalau nak beli barang dekat sesebuah online shop. Survey dulu and the best price is the winner.



 Mengikut trend semasa Hollywood


Kenal tak dua pasang couple celebrity yang sangat famous tu? Yes. Ashton Kutcher dan Mila Kunis.
Menariknya diorang pun pakai baju couple!! Dan Diya nak kongsikan yang kalau kalian semua ikut trend semasa, memang sekarang ni baju couple menjadi pilihan semua pasangan termasuklah Eropah.

Dan Ghijabers Suite pun tak ketinggalan dalam trend semasa ni.  Kalian semua boleh check dekat fanpage Ghijabers suite untuk latest Couple Hoodie Sweater. Sangat sweet.







 Menjadi pilihan bintang Twillight




Percaya atau tidak tapi inilah fakta. Kristen Stewart yang merupakan bintang terkenal dunia pun pakai sneakers juga. And paling best ialah kalian semua tak perlu jauh-jauh pergi Hollywood untuk dapatkan sneakers macam Kristen Stewart sebab Ghijabers Suite pun ada menjual sneakers macam Kristen Stewart pakai pada harga RM40 !! Sangat sangat murah dan mampu milik 





Memang best kan Ghijabers Suite ni. Harga murah,servis memuaskan dan yang paling penting boleh shopping satu family dekat Ghijabers Suite,


Akhit kata Diya doakan agar Ghibabers Suite pergi lebih jauh dan maju kehadapan dalam bidang perniagaan.Insyallah. Kalau usaha konsisten,pelanggan diutamakan , memang akan menjadi pilihan sesiapa saja.




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ya Allah, rahmatilah perniagaan ini.Berkatilah perniagaannya. Murahkan lah rezeki perniagaannya ini. Jika rezeki perniagaannya ini berada dilangit, maka Engkau turunkan lah untuknya. Jika rezeki perniagaannya ini berada diperut bumi, maka Engkau keluarkan lah utk nya. Jika rezeki perniagaannya ini jauh, maka Engkau dekatkn lah untuknya. Jika rezeki perniagaannya dekat, maka Engkau mudahkan lah utk nya. Sesungguhnya Engkau lah sebaik-baik pemberi rezeki.