UmmuMishkah Giveaway 2013

 photo dividerwarnawarni_zps85654392.png 

Assalamualaikum W.B.T.Syukur ke hadrat Allah SWT ,di bulan Ramadhan Al Mubarrak ni, Diya masih lagi diberi kesempatan,tenaga dan masa oleh Allah S.W.T untuk menulis blog,dan menyertai Giveaway by Ummumishkah,


Pertama sekali berkunjung ke blog Ummumishkah,rasa tenang sekali. Ibarat kita melihat ombak yang berbusa di lautan.Segala entri,penulisan Ummu Mishkah sangat luas.Seluas lautan yang terbentang di bumi ini.


Blog Ummu Mishkah 75%  menceritakan mengenai wanita.Seorang ibu,wanita dan blogger.Kalau kita tengok di sidebar blog Ummu Mishkah pun,jelas tertera kategori-kategori yang sesuai dibaca oleh semua golongan terutamanya , golongan wanita yang sudah ataupun belum bergelar ibu.

 Walaupun Diya masih lagi seorang pelajar,tapi Diya rasa senang sangat baca blog Ummu Mishkah.
Kenapa ya?

Mungkin kerana hasil penulisan tangan seorang ibu,membuatkan Diya sangat terhibur dan 'enjoy' membaca blog Ummu Mishkah.




Memetik daripada column About Me di blog Ummu Mishkah , Ummu Mishkah merupakan Ibu kepada lima anak yang berusia dari 1 hingga 9 tahun.. Jadi,Ummu Mishkah sudah berumah tangga dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan diredhai Allah SWT.Insyaallah



Mungkin sebab itulah,yang telah membuatkan hati Diya cair .Membaca blog seorang ibu yang mempunyai 1001 nilai islamik dalam diri. .Diya pun yakin yang pembaca semua tahu betapa mulianya seorang ibu di sisi islam.Jadi di sini,Diya nak kongsikan kepada semua sebuah hadis:


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم

Maksudnya:
Abu Hurairah telah berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku layan dengan baik seperti seorang sahabat?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Kemudian ayahmu."

(Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Begitulah betapa pentingnya seorang ibu di sisi islam.

Waktu Diya tengah cari gambar-gambar(diatas)  ,Diya teringkatkan lagu Your Mother oleh Rasheed Bhikha. Memetik lirik lagu tersebut,kita dapat melihat ibu merupakan insan ke3 yang patut kita hormati.


Lirik Your Mother:
Who should I give my love to
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Salah satu entry Ummu Mishkah yang telah berjaya menyedarkan saya ialah entrinya yang bertajuk

ALLAH Sedang Mendidik Saya...


Entri ini ditulis pada tahun lepas iaitu Monday, July 16, 2012

Bila baca sahaja,terus Diya sedar betapa susah dan peritnya tugas seorang ibu yang mempunyai tanggungjaswab terhadap suami dan anak-anak.Walaupun masih jauh perjalanan Diya untuk menjadi seorang ibu, tapi tulisan Ummu Mishkah dalam entri terbut yang paling saya tersentuh ialah :

Letih, penat, lelah sudah sebati dengan diri dan jiwa saya…  kekadang air mata saya gugur kerana terlalu letih! Namun saya sedar sebenarnya Allah sedang mendidik saya!  Mendidik saya untuk mengenali apa itu SABAR. Benarlah bila Allah memberi hanya Dia yang mengetahui hikmah di sebaliknya... 
Sangat tersentuh apabila seorang air mata seorang  IBU gugur dalam mendidik anak-anaknya.


Namu saya yakin,anak-anak Ummu Mishkah mendapat didikan agama yang sempurna dan diredhai Allah kerana didikan kepada anak-anak adalah tanggungjawab ibubapa.Kadang-kadang kita sendiri didedahkan dengan berita anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya. Namun jika diselidik betul-betul, rupa-rupanya anak itu sebenarnya tidak mendapat didikan yang sempurna dari ibu bapanya.


Pernah mendengar satu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab?



Pada suatu hari, Saidina Umar telah dilawati oleh seorang bapa bersama anak lelakinya. Bapa tersebut telah meminta Saidina Umar untuk menegur kelakuan derhaka anaknya.

Namun sebelum Saidina Umar sempat berbicara, budak itu telah berkata: "Wahai Amirul Mukminin, sebelum tuan berkata sesuatu, boleh tuan ceritakan apakah kewajipan seorang bapa kepada anaknya? Ini kerana bapa saya sendiri telah memberikan saya nama yang tidak elok dan tidak mengajarkan saya Kitabullah. Bukan itu saja, malahan bapa saya juga telah menikahi seorang perempuan (iaitu ibu budak tersebut) yang tidak diketahui asal-usulnya."

Mendengar kata-kata budak tersebut, Saidina Umar pun berkata kepada si bapa "Wahai si fulan si fulan, sesungguhnya kamu telah derhaka kepada anak kamu sebelum anak kamu menderhaka kepada kamu."

Tidak ketinggalan sebab mengapa saya suka baca blog Ummu Mishkah ini disebabkan produk-produk yang dijual oleh Ummu Mishkah.Iaitu Set Shaklee di bawah UM Health Sanctuary (boleh klik like ye)


.Antaranya ialah
Photo: Assalamualaikum

Masa hampir masuk tengahari, alhamdulillah masih bertenaga untuk melakukan kerja-kerja harian. Syukur sangat kerana tak perlu lagi seperti biasa makan karbo yang berat, tapi masih kekal energetic. Nak tahu rahsia saya?? Sudah pasti lah dengan set ramadhan dari SHAKLEE.  Tadi pagi hanya bersahur dengan ESP + Mealshakes + 3 biji kurma. Feeling great!! Bila bertenaga, nak ngaji lebih sikit pun bersemangat, nak bangun solat malam pun tiada halangan tadi. Yang bestnya saya masih boleh meyusukan anakanda seperti biasa. Jom kita tengok bagaimana set ini boleh membantu orang yang berpuasa.

Di samping itu, boleh juga baca di sini untuk info lebih lanjut tentang Set Ramadhan yang menjadi sebutan ramai ni.

http://www.ummumishkah.com/search/label/Set%20Ramadhan

Kalau anda ibu yang sedang melatih si manja berpuasa, set ini sangat sesuai, selain tu utk ibu hamil, ibu menyusu dan semua golonganlah pendek katanya. 

Nak cuba?? Hubungi saya di 0173137913 atau inbox ke UMHS laju-laju. Saya sedia membantu anda!

Photo: Selamat tengahari.. bagaimana puasa di hari ke dua ni. Harapnya dapat mengekalkan puasa yang berkualiti. Bagi wanita yang ada keuzuran untuk berpuasa jangan lupa banyakkan berzikir insha Allah akan di nilai oleh Allah sebagaimana mereka yang berpuasa. Bagi yang bermasalah semasa PMS dan period pain.. apa kata cuba consume gabungan dua produk ini, GLA dan OSTEMATRIX, dengan izin Allah ia mampu menjadi penawar kepada PMS dan period pain. Untuk mendapatkannya, boleh pm kami atau sms ke 0173137913 dan mendapatkan info lanjut dan seperti biasa setiap pembelian akan disertakan dengan konsultasi percuma.
Penawar period pain.

Photo: Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi.. bagaimana pagi anda hari ini. Bertenaga, penuh dengan energi, bermotivasi atau bangun tidur dengan masalah-masalah berikut?

          ~ Kebas-kebas
          ~ Sakit-sakit dan ngilu-ngilu badan
          ~ Sakit pinggang dan sakit belakang
          ~ Sakit lutut
          ~ Sembelit
          ~ Gastrik

SHAKLEE ada produk mengancam untuk mengatasi masalah anda tu. OSTEMATRIX lah jawapannya. Boleh hubungi saya 017-3137913 untuk maklumat lanjut.
~ Kebas-kebas
~ Sakit-sakit dan ngilu-ngilu badan
~ Sakit pinggang dan sakit belakang
~ Sakit lutut
~ Sembelit
~ Gastrik

Photo: Masa yang sesuai untuk mendapatkan GLA pada harga promo. Banyak sungguh manfaatnya, mana tahu anda salah seorang yang serasi dengan GLA ni.

Mampu merawat ulser, meningkatkan stamina.
Memperbaiki simptom PMS
Melambatkan menopaus dan memperbaiki simptom menopaus 
Membantu meningkatkan kesuburan wanita  
Membantu menyelesaikan masalah haid tidak teratur.
Memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
Merupakan ejen anti-oksidan 
Memperbaiki inflamasi kulit dan masalah kulit
Menghalang komplikasi diabetis 
Membantu proses pelangsingan 
Menghalang tekanan darah tinggi
Mengelak msalah jantung.
Memperbaiki tekstur rambut yang bermasalah

Boleh pm kami cepat-cepat untuk info lanjut! TQ

Mampu merawat ulser, meningkatkan stamina.
Memperbaiki simptom PMS
Melambatkan menopaus dan memperbaiki simptom menopaus
Membantu meningkatkan kesuburan wanita
Membantu menyelesaikan masalah haid tidak teratur.
Memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
Merupakan ejen anti-oksidan
Memperbaiki inflamasi kulit dan masalah kulit
Menghalang komplikasi diabetis
Membantu proses pelangsingan
Menghalang tekanan darah tinggi
Mengelak msalah jantung.
Memperbaiki tekstur rambut yang bermasalah





Banyak 'positive feedback' yang diterima apabila menggunakan produk-produk ni.

https://www.facebook.com/umhealthsanctuary

Maklumat lanjut:


Jadi,memang terbukti Blog Ummu Mishkah menjaga setiap wanita.Kenapa? Kerana:



Akhir kata untuk Ummu Mishkah,semoga Ummu Mishkah bahagia disamping keluarga tercinta,perkahwinan kekal harmoni hendakNYA

quietmuslimah:

Rules For A Happy Marriage In’ shā’ Allāh 🔺




Sekian:)
Wassalam

 photo sain_zpsee968bcf.png

No comments:

Post a Comment

What do you think? Leave a comment :)